Sumber: Malaysian Digest & Hmetro Oleh: Aimi Nordin
Pasangan Diana Danielle akui takut bekerja dengan suaminya sendiri Farid Kamil. Walaupun kedua-duanya dalam bidang lakonan filem namun mereka belum pernah digandingkan bersama. Terbaru mereka digandingkan dalam sebuah drama.
“Sangat ‘menakutkan’ berkerja dengan dia (sambil tertawa). Kita semua tahu dia pelakon yang bagus dan sebenarnya saya mula meminati dia sejak lakonannya dalam filem Anak Halal lagi. Bukan hanya dia malah masa tu saya minat Bront Palarae dan Maya Karin. Saya sangat mengagumi lakonan mereka”
“Dan untuk drama ini, kali pertama kami digandingkan bersama. Selama ini memang saya tak pernah lagi bersama dia dalam mood bekerja. Jadi memang ketika pengambaran saya rasa kekok, takut, segan, malu dan rasa macam saya tak pandai berlakon apabila berada di depan dia. Saya nak cuba kongsi idea saya untuk lakonan drama ni pun, saya rasa takut.
“Setiap apa dialog yang dia cakap, tak semena-mena saya rasa sentap (terasa) padahal saya faham itu skrip bahkan saya selalu ingatkan diri saya yang kami sedang bekerja. Tapi saya pula yang terlebih sensitif (gelak),” jelasnya kepada portal Malaysian Digest.
Namun, bagi Farid Kamil walaupun kekok berlakon dengan isterinya itu dia tetap teruja kerana mempunyai naskhah bersama dengan isteri tercinta.
“Sejujurnya saya berasa agak kekok apabila berlakon di samping Diana. Walaupun saya sedar ia hanyalah lakonan semata-mata tetapi saya kurang selesa apabila kami melakonkan watak yang tidak sama dengan kehidupan realiti."
Farid Kamil juga tak menolak sekiranya diberi peluang untuk berganding dengan isterinya lagi dalam filem serta memilih untuk berlakon di bawah pengarah tersohor, Osman Ali.
“Kalau diberikan peluang lagi, saya pasti tidak akan menolaknya. Namun, biarlah karakter yang ditawarkan nanti bersesuaian dengan kami.
Kalau boleh saya teringin nak bergabung dalam filem di bawah arahan Osman Ali. Saya suka caranya mengolah sebuah naskhah kerana mempunyai keunikan yang tersendiri,” katanya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm