Sumber: Astro Gempak Oleh: Aimi Nordin
Perubahan cuaca sejuk yang drastik di New Zealand menyebabkan Ayda Jebat jatuh sakit di sana. Ayda berada di sana untuk penggambaran filem Pinjamkan Hatiku bergandingan dengan Farid Kamil. Disebabkan badan yang masih lemah, penggambaran terpaksa dihentikan hingga Ayda benar-benar sihat.
“Badan saya masih lemah serta kurang bermaya. Saya mengalami sakit tekak, batuk dan selsema sehingga menyebabkan hidung saya berdarah. Saya berada dalam keadaan tidak sihat semenjak sampai di New Zealand. Mungkin perkara ini terjadi dek kerana perubahan cuaca yang tidak sama dengan Malaysia. Cuaca di sini sangat sejuk berbanding di Malaysia.
“Keadaan saya masih lagi lemah. Saya berharap agar keadaan saya segera sembuh dan dapat meneruskan penggambaran filem ini, Insya-Allah.Biarpun mereka terkesan dengan perubahan cuaca mendadak, saya harus memuji kesungguhan pihak produksi yang berjaya mendapatkan lokasi yang menarik untuk penggambaran filem ini,” katanya kepada portal Astro Gempak.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm