Sumber: Mstar Oleh: Aimi Nordin
Wanita yang baru lepas bersalin semestinya perlu menjalani proses berpantang. Cuma berapa hari bergantung kepada individu tersebut. Tapi buat Yana Samsudin walaupun berpantang, dia terkena bentan gara-gara dia secara tak sengaja melanggar pantang larang orang berpantang.
Perkara itu terjadi selepas Yana memakan makanan yang sejuk yang tak sesuai dengan ketahanan badannya.
"Saya ada lebih kurang seminggu lagi proses berpantang, sepanjang proses ini memang agak sukar juga kerana saya bersalin secara pembedahan dan sukar untuk bergerak akibat luka.
"Dua kali saya alami bentan dan demam mengejut serta menggigil seluruh badan akibat tersalah makan. Kali pertama saya rasa ia mungkin berpunca saya makan sayur bayam. Walaupun ada membaca serba sedikit tentang pantang larang tapi ia bergantung kepada badan masing-masing juga," ujarnya kepada mStar Online.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm