← Back to list
Zara Zya Ikut Kehendak Pengarah
Nov 17, 2015
Oleh Ina Mohd. Sumber Mstar Online
Tidak semua orang suka akan kita. Dalam ramai-ramai pasti ada yang tidak gemar. Begitu juga dengan artis di Malaysia. Contohnya pelakon, mereka perlu berlakon mengikut kepada skrip yang diberi dan juga arahan daripada pengarah. Selebihnya pelakon itu sendiri perlu persembahkan lakonan mereka itu sebaik mungkin agar ia sampai kepada mereka yang menonton.
Itu yang dihadapi oleh Zara Zya yang memegang watak Ayu Maisarah dalam drama yang tengah panas di saluran Astro Ria iaitu Tuan Anas Mikail. Ada penonton yang menganggap lakonan Zara dalam drama tersebut terlebih-lebih. Tetapi pada Zara, dia berfikiran positif kerana dia tahu dalam ramai yang suka ada juga yang tidak.
Zara faham akan ada penonton tidak gemar dia bermonolog dengan kamera. Ia menimbulkan rasa rimas kepada penonton. Tetapi pada Zara, dia mengikut kehendak pengarah dan dia lakukan sebaik mungkin mengikut arahan yang diberi. Lagipun di luar negara, lakonan seperti itu sudah biasa cuma di Malaysia belum dipraktikan lagi.
Bagi anda yang tidak tahu drama Tuan Anas Mikail ini, Zara bergandingan dengan Aaron Aziz. Paling menarik Zara berdialek dalam loghat Utara. Jadi, jangan lupa tonton setiap Isnin hingga Khamis di Astro Ria jam 10 malam.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Justin Bieber Memuat Naik 13 Lagu di Youtube Dalam Masa Satu Hari
Next →
Osman Ali Mahu Hasilkan Filem Yang Dekat Dengan Penonton