
Oleh Feyra Nasrom Sumber mstar online
Agaknya, Che Ta dah lali dengan cemuhan orang terhadap dirinya kan? sampai satu tahap, pelakon ini enggan lagi melayan sebarang komen dan persepsi negatif orang ramai terhadapnya. Biasalah, sudah namanya seorang artis, apa sahaja yang dipakai pasti akan menjadi tarikan orang. Terbaru, Che Ta dikritik menerusi laman sosial instagram akibat memakai seluar jeans yang dikatakan mendedahkan auratnya.

Namun, perkara itu dinafi sama sekali, kata Che Ta beliau sudah mengenakan lining warna kulit sebelum memakai jeans koyak tersebut. Jadi, apa yang dilihat oleh orang ramai itu bukanlah seperti yang difikir.
Jelas Che Ta, dirinya masih belum gila ingin berpakaian sebegitu memandangkan beliau kini sudah berhijab. Foto yang dikritik itu menerima hampir 800 komen dan kebanyakan orang ramai menegur dan menasihati gaya pemakaian itu tidak sesuai bagi seorang wanita berhijab. Walau bagaimanapun, Che Ta ada perspektifnya sendiri, beliau enggan memberi sebarang reaksi terhadap isu ini.
Orang di Instagram itu memang rasa diri mereka suci dan nampak orang lain semua tidak betul. Saya ambil pendekatan tidak mahu bertelagah dengan mereka,"