
Oleh Feyra Nasrom Sumber Utusan online
Pelakon berbakat, Yana Samsuddin atau nama sebenar Norliana Samsudin, 32 bercerita rasa teruja untuk bergelar seorang ibu tidak lama lagi. Hampir setahun mendirikan rumah tangga, Yana mendapat tahu dirinya hamil selepas kandungan berusia 3 bulan. Yana akui pernah tertekan kerana lambat dikurniakan zuriat dan telah bersedia dengan segala kemungkinan yang difikirkan berlaku. Namun berkat doa dan usaha, pasangan ini dikurniakan zuriat dan kini kandungan Yana sudah mencecah 7 bulan. Menurut Yana, dia dan suami amat bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik setakat ini.
Saya mengetahui mengandung pada bulan Disember lalu, ketika itu memang saya banyak berjalan ke luar negara dengan suami. Jadi badan tidak sihat sangat apabila letih dan sebagainya. Memang tidak jangka saya mengandung
“Lebih meresahkan bila haid saya tidak hadir seperti biasa dan ujian pengesan kehamilan pula tidak memberikan keputusan positif walaupun sudah tiga kali dilakukan. Ketika itu saya sudah pasrah, mungkin saya sakit. Bagaimanapun ketika melakukan pemeriksaan di klinik, rupa-rupanya saya hamil. Lebih mengejutkan kandungan saya sudah masuk tiga bulan,”
Yana menangis tanda rasa beryukur dan gembira tak terkata selepas mendapat tahu dirinya berbadan dua. Tambah Yana, rezeki itu merupakan satu hadiah dan kejutan buat mereka pasangan suami isteri