Sumber: Mangga Online Oleh: Aimi Nordin
Bulan Ramadan adalah bulan di mana ramai orang ambil peluang untuk berniaga di bazar Ramadan. Kadang-kadang ada yang sampai sanggup ambil cuti tanpa gaji sebulan sebab nak berniaga kan. Tak ketinggalan, ramai juga artis kita yang berniaga. Walaupun dah banyak bisnes online sekarang ni tapi masih ada artis yang berniaga di bazar.
Waris antara salah seorang artis tersebut yang berniaga air di bazar Ramadan di Subang Bestari. Waris berniaga di bazar tersebut sambil menolong kawannya menjual sejenis air yang dipanggil 'Air Conteng'.
“Dulu sebelum jadi artis, saya selalu berniaga air dengan kawan-kawan sekampung setiap kali bulan Ramadan. Dah empat tahun jadi artis, tahun ini terasa rindu nak kembali berniaga.
“Lagipun dapat jugalah bantu kawan-kawan cari duit lebih sempena nak raya nanti. Kami akan mula berniaga dari pukul 3.30 petang sehingga masuk waktu berbuka puasa sepanjang Ramadan.
“Ramadan kali ini juga saya hadkan aktiviti seni sebab nak luangkan masa bertarawih dengan isteri, keluarga dan kawan-kawan,” kata Waris
Waris memilih untuk kurangkan aktiviti seni untuk luangkan masa bersama isteri dan beribadah memandangkan mereka bakal menimang cahaya mata Oktober nanti.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm