← Back to list
(VIDEO) : Lydiawati Belasah Pengkid. Fuyoo!
Mar 25, 2016

Oleh Feyra Nasrom sumber FB Lydiawati
Akibat tidak tahan dengan gangguan seorang pengkid yang tidak dikenali, pelakon yang pernah popular sekitar 90 an , Lydiawati hilang sabar dan bertindak di luar jangkaan dengan membelasah pengkid tersebut. Malah, lydiawati turut memuat naik rakaman video di laman Facebooknya kepada umum. Tidak sangka rupa-rupanya selama ini Lydiawati diganggu secara berterusan selama 2 tahun, termasuk menghantar mesej-mesej berbaur lucah? Apa kes ni sebenarnya?
“Saya sudah tidak tahan diganggu beratus-ratus panggilan telefon dan SMS berunsur gangguan lucah saban hari. Saya mulanya tidak syak apa-apa. Dia mendakwa peminat saya dan sanggup berbuat apa sahaja termasuk membelikan rumah serta membiayai kehidupan saya”
Pengkid yang berasal dari Brunei ini mengaku dirinya mempunyai aset berjuta-juta dan ramai kenalan artis dari luar negara. Namun, Lydiawati tidak pernah menghiraukan segala mesej yang diterima.
Setiap orang ada tahap kesabarannya, kelakuan melampau pengkid ini layak diberi pengajaran. Wanita tersebut masih dalam pencarian polis setelah berjaya melarikan diri. Lydiawati turut memesan kepada artis-artis dan juga orang ramai agar berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali.
1. Part 1
Part 1
Posted by on Thursday, March 24, 2016
2. Part 2
Part 2
Posted by on Thursday, March 24, 2016
← Previous
Aaron Aziz Kongsi 5 Tips Kebahagiaan Rumahtangga
Next →
Baru Sejam Diupload, Video Klip Shake Shake Uolls Hebat Dikritik Netizen