← Back to list
Tasha Shila Harap Tuah Tahun Baru
Jan 07, 2016
Oleh Izzat Ismail. Sumber Tonton Extra
Setiap artis pasti mahukan 2016 akan menjadi satu tahun yang akan membawa lebih kejayaan seterusnya mengukuhkan lagi nama mereka di dalam bidang seni. Begitu juga dengan Tasha Shila yang berharap agar tahun ini akan membawa lebih cahaya baru di dalam kehidupan dan kerjayanya.
Menurut sumber, Tasha dilihat semakin positif dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Selain banyak belajar dari kesilapan lalu, pelakon wanita ini berjanji tidak akan lagi berkongsi kisah-kisah peribadi kepada umum.
Bukan itu saja, dia turut tidak lagi mahu dikenali sebagai artis yang sering dilanda kontroversi seperti tahun lepas. Buat masa kini, dia sedang merangka kerjaya seninya dan akan terlibat dengan beberapa penggambaran yang akan dimaklumkan kepada media kelak.
Semoga segala perancangan Tasha Shila akan dipermudahkan dan harapnya tahun 2016 bakal memberikan lebih cahaya kegemilangan kepada dirinya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Leonardo Di Caprio Kembali Single
Next →
Nora Danish Pilih Untuk Diam