
Oleh Feyra Nasrom Sumber mstar
Sejak kebelakangan ini banyak timbul gossip liar yang tidak sedap didengar oleh pelakon baharu, Janna Nick. Kelmarin, kecoh di portal-portal hiburan mengenai sikap Janna yang semakin menjadi-jadi dan berlagak diva dengan salah seorang pengacara popular di Malaysia. Timbul pelbagai perpepsi negatif sehingga menampakkan Janna seorang pelakon baharu yang mempunyai masalah “attitude”
Namun, kita tidak boleh dengar daripada satu pihak sahaja, gossip tidak semestinya betul, kadang-kadang manusia saja mereka cerita untuk burukkan seseorang. Berkenaan isu Janna, akhirnya pelakon berusia 21 tahun ini tampil memberi penjelasan sebenar. Janna akui dia sememangnya bersikap acuh tak acuh tetapi ada sebabnya. Menurut Janna, dirinya bersikap sedemikian kerana pengacara tersebut banyak bertanyakan soalan berbaur lucah.
Janna berang dengan tindakan tidak professional itu dimana seolah-olah ingin menjatuhkan maruah seorang wanita.

"
Mereka menyuruh saya terlibat dalam satu 'game' yang agak pelik untuk program itu dan secara tidak langsung ia berunsur lucah dan boleh menjatuhkan martabat seorang perempuan
"Soalan-soalan yang ditanya oleh pengacara pula bukannya berlandaskan kerjaya saya sebaliknya terdapat soalan yang bertujuan merendahkan kedudukan saya selain berbentuk provokasi untuk menjadikan ia kontroversi.
Janna juga menjelaskan kehadiran beliau dalam program tersebut hanya sebagai artis jemputan sahaja dan Janna tidak menyangka niat ingin menolong produksi tersebut bertukar jadi isu sebegini. Tambah Janna, pihak produksi datang ke set penggambaran merayu untuk minta dirinya terlibat sedangkan jadual Janna terlalu padat dan masih berpuluh adegan lagi belum selesai.
“Akhirnya pihak produksi drama saya membenarkan saya menyertai rakaman stesen TV itu selama tiga jam disebabkan tidak mahu mereka kerugian.
“ ia bukan salah saya, mereka datang secara tiba-tiba ke set penggambaran saya tanpa sebarang temujanji. Jadi... memang mereka kena tunggu saya habiskan beberapa babak dahululah," Ujar Janna