
Oleh Feyra Nasrom Sumber HM
Shukri Yahaya yang melangsungkan perkahwinan dengan isteri, Tya Adnan pada bulan November 2015 tahun lalu akui tidak sabar ingin menunggu kelahiran anak pertama. Kata Shukri, perasaan teruja semakin bertambah apabila doktor mengesahkan anak mereka merupakan bayi perempuan dan dijangka bersalin pada sekitar bulan ogos depan
“ini satu lagi khabar gembira buat kami sekeluarga. Selepas membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan anak kami adalah perempuan. Saya sentiasa berdoa semoga isteri dan anak yang bakal lahir sentiasa dalam keadaan sihat.”
“Selepas berkahwin, tanggungjawab saya bertambah lagi. Sebagai bakal ibu bapa baru, ia memberikan satu lagi cabaran buat saya dan isteri”
Tambah Shukri, segala persiapan sudahpun diuruskan termasuk keperluan bayi dan juga hospital untuk si isteri bersalin.
“Selain sudah menyedikan beberapa keperluan utama anak, saya tidak ketinggalan membuat pilihan hospital untuk isteri bersalin”
Tahniah diucapkan kepada Shukri dan isteri. Kami doakan semoga ibu dan anak berada dalam keadaan sihat sentiasa dan semoga semuanya berjalan dengan lancar.