Oleh Feyra Nasrom Sumber Sinar Harian
Satu cabaran baharu buat pelakon Sharnaaz Ahmad setelah memegang tanggungjawab sebagai hos rancangan Gempak Superstar bukan perkara mudah baginya. Sharnaaz akui, bidang pengacaraan ini sukar buat dirinya yang baru pertama kali mengacara program berbentuk live, namun Sharnaaz tetap usaha memberi yang terbaik buat penonton.
Walau bagaimanapun, ktirikan negatif itu tetap akan ada, namun Sharnaaz tidak kisah dengan pandangan negatif orang ramai mengenai cara pengacaraannya ketika di pentas.

“Mulut orang tidak boleh ditutup, apa sahaja komen negatif daripada mereka, kita hanya boleh dengar sahaja. Saya sendiri tidak mahu perkara tersebut mengganggu prestasi kerja saya”
Tambah Sharnaaz, dia tetap akan laksanakan tanggungjawab yang diberi disamping ingin mencari bakat berbeza dalam aspek kerjaya. Jadi, sebarang kritikan yang dilempar tidak akan memberi kesan apa-apa terhadap dirinya. Kata Sharnaaz, silap atau tidak, netizen tetap akan menghentam seolah-olah mereka tahu apa kesukaran seseorang individu itu lalui.

Ada betulnya kata Sharrnaaz ni, biasalah, baru pertama kali mencuba, pasti ada salah silap. Jika terlalu mengharapkan kesempurnaan susah juga. Setiap orang akan belajar daripada kesilapan, akan datang pasti akan ada peningkatan dan perubahan yang lebih baik daripada sebelumnya. Silap sikit nak hentam. Lumrah media sosial kini.