← Back to list
Sewa Rumah Brad Pitt Dan Angelina Jolie RM 85,517 Sebulan
Mar 14, 2016
Oleh Feyra Nasrom Sumber Daily Mail
Dengan dilengkapi 8 bilik tidur, gymnasium dan kolam renang tertutup, pasangan selebriti terkenal Hollywood Brad Pitt dan Angelina Jolie dikhabarkan menetap di sebuah rumah agam di London yang berharga RM85, 517 sebulan.
Disebabkan Brad Pitt sedang sibuk menjalankan penggambaran filem World War Z 2 di England, mereka sekelurga akan menetap di negara tersebut selama 6 bulan. Manakala, Angelina Jolie pula sibuk meluangkan masa dengan urusan projek kemanusiaan di United Kingdom (UK)
Sejak berpindah di kediaman tersebut, pasangan terkenal ini dilihat sedang bersiar-siar di sekitar kawasan rumah dan juga di London bersama dengan 6 lagi anak mereka. Menurut sumber, ini bukan pertama kali mereka menetap di London.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Sharnaaz Bersedia Jadi Suami
Next →
“Arwah Pernah Bawa Saya Ke Tempat Show Naik Motor“ – Siti Nurhaliza