
Oleh Feyra Nasrom Sumber FB Yuna
Setelah lagu terbaru , berjudul
Crush berjaya menembusi carta Billboard Amerika Syarikat baru-baru ini, penyanyi bertaraf antarabangsa Yuna atau nama sebenar Yunalis Zarai sekali lagi membawa nama Malaysia setelah di fahamkan terlibat dalam satu pembikinan lagu sempena acara gilang-gemilang sukan Olimpik 2016 yang akan berlangsung di Rio de jeneiro, Brazil tidak lama lagi. Menerusi laman Facebook Yuna, penyanyi ini dikatakan sedang berkolabrasi sepenuhnya untuk menjayakan lagu tersebut. Berikut merupakan kapsyen yang dimuat naik berserta dengan sebuah video
They are lighting Flame today. I'm so honored to be a part of their campaign. The track "The Fire" was produced by and was re-recorded with , , , and yours truly!! It was so much fun working with everyone on this song.
Together We Can Change The World
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Yuna. Anda tidak pernah gagal buat Malaysia bangga. Kami dari ERA fm berharap karier Yuna akan diikitiraf ke peringkat yang lebih membanggakan. Satu pencapaian bersejarah dalam dunia seni Malaysia.