
Oleh Feyra Nasrom Sumber BH
Korang ingat lagi dengan isu Che Ta pakaikan baju gambar anjing pada anak perempuannya, Aaisyah? Akhirnya, Che Ta tampil membidas kembali komen panas netizen. Menurut pelakon yang berusia 43 tahun ini, beliau sebenarnya tidak sedar gambar pada baju Aaisyah itu merupakan gambar anjing. Tambahan, Che Ta menganggap gambar tersebut sebagai kartun dan tidak mempunyai maksud apa-apa.
"Saya tak perasan gambar itu berupa anjing. Ini kerana setiap kali membeli belah, saya akan membeli pakaian dalam jumlah banyak. Jadi, tak sempat hendak membelek setiap satu
“Saya hanya menganggap gambar anjing itu seperti kartun pada baju berkenaan. Come on... Get a life, take it easy! Ia hanya sehelai kemeja-T”
Ekoran gambar baju yang dipakai Aaisyah itu, orang ramai tidak putus-putus mengkritik Che Ta di laman sosial instagramnya, malah ada yang menyifatkan Che Ta ini cetek agama? Sampai begitu sekali Che Ta dikritik, namun beliau langsung tidak kisah dengan komen netizen malah tidak mempunyai masa untuk baca satu persatu komen orang ramai.
“Macam dah tak ada kerja hendak membelek komen pada laman Instagram setiap masa... Biarkan mereka”
Huhu..