
Sumber: Kosmo Oleh: Aimi Nordin
Rozana Misbun, bekas isteri kepada penyanyi kumpulan Wings, Awie mengaku dia ada pergi berjumpa bomoh untuk mandi bunga semasa masih tinggal sebumbung dengan bekas suaminya itu.
Rozana dalam kenyataannya di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan semalam menafikan dia dan suaminya berjumpa bomoh yang dipanggil Maksu itu selepas Awie menjumpai barang-barang pelik di dalam rumah mereka seperti tangkal, botol kaca berisi rambut, darah dan paku.

“ Saya bersama Awie defenden (Awie) dan pembantunya ada berjumpa Maksu pada 2 Jun 2014. Saya dan Maksu saling mengenali sebelum perjumpaan itu lagi,”
“Kadang-kadang saya berjumpanya untuk mandi bunga sebagai tujuan perubatan,” kata Rozana di hadapan Hakim Syarie Ibrahim Deris.
Pada 14 Januari tahun lalu, Awie mendakwa menjumpai pelbagai barangan syirik dan khurafat di rumahnya disyaki milik Rozana. Berangan pelik tersebut ada bersepah seperti di dalam almari pakaian, dalam pasu bunga, bawah tilam dan sebagainya