Oleh Syakireen Othman . Sumber IG @remyishak
Malam tadi, pelakon Remy Ishak yang baru sahaja mengeluarkan wangian sendiri iaitu 'Rumi' telah memuat naik status menerusi laman sosial Twitter dan Instagramnya berikutan kehilangan kereta miliknya. Difahamankan lagi ketika itu Remy baru sahaja pulang dari kerja dan menyedari kereta Triton miliknya telah hilang. Sehubungan dengan itu, ramai rakan artis juga turut membantu memuat naik status Remy Ishak di laman sosial mereka bagi menyebarkan berita mengenai kehilangan kereta Remy Ishak.
Kami di ERA fm berharap agar Remy Ishak berjaya menjumpai kereta tersebut secepat mungkin. Semoga apa yang berlaku ini mempunyai hikmah yang tersendiri untuk Remy.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm