
Oleh Feyra Nasrom Sumber Kosmo
Perang Media Sosial antara pelakon Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi pernah tercetus gara-gara tunangan Hafidz Roshdi yang kini sudah sah menjadi isteri dikatakan cemburu dengan lakonan mesra antara dua pelakon itu. keadaan mula berlarutan apabila Uqasha memuat naik status menyindir isteri Hafidz di laman twitternya sendiri.
Malah, Hafidz juga turut membalas kembali komen Uqasha sehingga pertelingkahan mereka kecoh di media sosial dan mula mencetus kritikan orang ramai.

Walaupun hubungan masih lagi tegang, Uqasha tidak kisah jika suatu hari ada produksi ingin menggandingkan mereka semula dalam drama. Kata Uqasha, dia malas ingin bermasam muka dan ingin bersikap professional. Hingga kini mana-mana pihak masih belum saling memaafkan tetapi jika sudah satu industri, tidak perlu lah bermasam muka lama-lama tambahan isu pergaduhan itu cuma kecil sahaja kan. huhu