← Back to list
Pihak Pengurusan Dato' Siti Nurhaliza Beri Kenyataan
Nov 13, 2015

Pagi ini berita kehamilan Dato' Siti Nurhaliza menjadi berita utama dan menerusi akhbar Utusan Malaysia, ada sumber yang memberikan maklumat bahawa Dato' Siti kini sedang hamil. Pastinya, setelah tersebar berita sebegini, pihak pengurusan Dato' Siti merupakan antara orang yang dicari bagi mengesahkan sumber ni.
Dan menurut pengurus Dato' Siti iaitu Rozi Abdul Razak yang mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosialnya, biarlah segalanya diumumkan oleh Dato' Siti Nurhaliza sendiri bila tiba masanya dimana kenyataan itu akan kekal sehingga ke hari ini.
Buat masa ini, anatra permintaan Dato' Siti ialah beliau akan umumkan sendiri bila tiba masa yang sesuai. Sama-sama kita nantikan. Kami di ERA fm mendoakan yang terbaik untuk Dato' Siti sekeluarga.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Dato' Siti Nurhaliza Hamil Masuk Bulan Kedua?
Next →
Osman Ali Mahu Hasilkan Filem Yang Dekat Dengan Penonton