
Oleh Feyra Nasrom Sumber Utusan Online
Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein tidak ingin lagi mengenang kisah lama yang terjadi antara bekas suami dan sudah menerima segala takdir yang menimpa dirinya. Apa yang terjadi biar sahaja berlalu pergi, kini Elly mempunyai anak kecil yang menjadi semangat dan pengubat kesedihan masa lalunya. Kata Elly, dia tidak menyesal dan redha dengan ketentuan malah perkara itu mengajar diri untuk menjadi seorang wanita yang lebih kuat dan dewasa.
Saya pasrah dengan takdir. Yang terjadi dalam hidup saya selama ini adalah bahagian saya. Saya reda dan tidak pernah menyesal
Sebaliknya saya menganggap keadaan yang sedang dijalani ini adalah petanda buat saya untuk menjadi wanita yang lebih matang. Perceraian dengan bekas suami bukan petanda kehidupan saya musnah. Sebaliknya adalah harapan buat saya untuk menjadi wanita lebih dewasa.

Elly akui, penceraian merupakan satu perpisahan yang memeritkan, namun tiada guna untuk terus bersedih bahkan tidak dapat menyelesaikan apa-apa masalah sekalipun. Elly kini mengetepikan segala kekecewaan demi kelangsungan hidup di masa depan bersama anak kesayangannya.
saya mengambil pendekatan positif dalam hal ini. Demi masa depan, saya perlu berkorban mengetepikan perasaan kecewa saya. Itu adalah jalan penyelesaian yang terbaik.
Berikutan kes orang ketiga yang dikatakan Faye Kusairi sebagai penyebab keretakan rumah tangga, Elly bagaimanapun enggan memberi komen dan tidak ingin lagi menjebakkan diri dalam berita-berita yang negatif