Oleh Feyra Nasrom Sumber HM
Sudah lumrah kehidupan sebagai seorang artis, apa sahaja yang dilakukan pasti menjadi buah mulut orang. Sesetengah perkara yang berlaku mungkin salah faham sahaja, maka dari situ tercetuslah pelbagai kontroversi dan spekulasi negatif bertebaran di media sosial.
Terbaru, penyanyi Adira Suhaimi sekali lagi dikaitkan dengan berita yang kurang enak dimana beberapa peminat dikatakan kecewa dengan sikap suaminya,Dato Red kerana menghalang mereka untuk bergambar dengan Adira. Berkenaan situasi tersebut, ramai peminat mula menganggap suami Adira sombong dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, Adira tampil memberi penjelasan dan menerangkan perkara yang sebenar. Adira tidak menyalahkan tindakan suaminya yang cuba untuk melindungi Adira yang sudah terlalu lama berdiri melayan peminat.. Tambahan Adira ketika itu dikatakan dalam kelaparan.
Suami berbuat sedemikian sebab kasihan melihat saya yang sudah terlalu lama berdiri sehingga hampir sejam semata-mata bergambar dengan peminat.
Lagi pula ketika itu sudah lewat malam, ditambah pula dengan saya yang kelaparan. Suami bercakap dengan baik dan tidaklah seperti yang diperkatakan itu.
Adira memohon maaf sekiranya kejadian itu membuatkan peminat kecil hati dan kecewa, namun apa yang terjadi tidak terniat dan bukan seperti yang mereka sangka.