
Oleh Feyra Nasrom Sumber FB Haryatie Mohd Yusof
Innalillahi wa inna ilayhi raji’un.. Perginya seorang pelawak veteran dan penghibur tanah air, Mr Os atau nama sebenar Mohd Yusof Bin Abdul Hamid yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.
Berita sedih ini dimaklumkan sendiri oleh anak allahyarham menerusi status yang dimuat naik di laman Facebook Haryatie Mohd Yusof. Jenazah Arwah akan dikebumikan di Selayang.

Arwah terkenal dengan bakat serba boleh dan lawak spontan yang jarang dimiliki oleh sesiapa pun. Kehadiran arwah dalam industri sentiasa membuatkan orang ramai tidak kering gusi dengan lawak dan lakonannya. Sama-samalah kita bersedekah Al-fatihah buat Arwah Mohd Yusof dan semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Kami dari ERA fm mengucapkan salam takziah buat keluarga di atas pemergian arwah.