
Oleh Feyra Nasrom Sumber IG @lananodinmckienzie
Baru sahaja berkongsi berita gembira mengenai kelahiran bayi Lana Nodin, ada pula timbul tuduhan oleh beberapa pihak yang mempersoalkan status sebenar anak selebriti ini. Pelbagai spekulasi berbaur fitnah dilemparkan yang mengatakan Lana mengandung sebelum berkahwin dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, salah seorang peminat Lana Nodin siap mengira tarikh dari hari perkahwinan hingga bayi itu dilahirkan semata-mata ingin mengesahkan status sebenar bayi tersebut. Jika sudah melibatkan status anak dan sebagainya, tidak hairanlah kenapa Lana Nodin mengamuk di laman instagramnya, nak tahu apa Lana Nodin cakap? Haa setepek dia kasi! Jom kita lihat komen berang Lana Nodin mengenai soal ini:
Komen Netizen :

Komen Lana Nodin ;

Rata-rata peminat yang meninggalkan komen di ruang instagram Lana bengang dengan sikap sesetengah pihak yang berfikiran negatif seperti itu, dan bagi pendapat kami pula, tak sepatutnya perkara yang baik seperti ini dipersoalkan. Tidak kira jika seseorang itu pernah mempunyai masa lampau yang kurang elok, bukan bererti dia tidak boleh berubah, ya tak? Jadi, kenapa perlu buat andaian sendiri? Jika tiada bukti apa-apa, jangan sesuka hati menuduh sembarangan. Jangan terlalu kencang menjadi “keyboard warrior” ni. Tak pasal-pasal dah sebar fitnah, haa sekarang ni Lana Nodin dan suami tidak akan maafkan sesiapa yang menuduh dan menghina bayi mereka. Kesian bayi yang tak bersalah pula jadi mangsa keadaan. Sekadar peringatan untuk semua, jangan terlalu cepat menilai diri seseorang, diri sendiri pun masih belum cukup sempurna. Setiap manusia ada kekurangan masing-masing, jadi, usah lihat kelemahan orang, pandang dan perbaiki dulu kelemahan diri sendiri. Muah ciked !
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm