← Back to list
Mizz Nina Bersyukur Miliki Noh Sebagai Suami
Feb 13, 2016
Oleh Feyra Nasrom Sumber Astro Gempak
Satu perkongsian cerita yang sangat memberi inspirasi daripada seorang bekas penyanyi dan juga merupakan isteri kepada penyanyi Noh Hujan mengenai kisah perjalanan hidupnya yang telah banyak mengubah dirinya. Ketika berkongsi mengenai penghijrahan beliau ketika berada di Mekah, Mizz Nina turut menceritakan sekali mengenai perasaan istimewa memiliki Noh sebagai suami yang banyak membantu mencorak kehidupannya.
Menurut Mizz Nina, kewujudan Noh sebagai suami merupakan satu anugerah yang sangat istimewa. Hidupnya cukup bertuah apabila mempunyai seorang suami yang sentiasa memberi sokongan dan bimbingan ke arah kebaikan dan pasti semua orang akan rasa bersyukur apabila memiliki pasangan yang boleh
mengajar kita ke arah dunia dan akhirat.
Apa yang lebih membuatkan Nina berasa untung memiliki suami seperti Noh apabila satu hadis telah dikongsi oleh Noh kepada isterinya, ketika mereka berdua berada di Tanah Suci Mekah mengerjakan umrah baru-baru ini benar-benar memberi sinar dalam kehidupannya.
“Hadis Riwayat Bukhari, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang wanita solat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya maka dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau suka.”
Hadis ini dihantar oleh Noh buat isterinya menerusi Whatssap ketika selesai menunaikan solat subuh di Masjid Nabawi, dan ianya merupakan suatu yang terindah dan istimewa baginya. Satu perkongsian cerita yang pasti akan membuatkan anda tersenyum.
*
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Adel AF Nafi Bercinta Dengan Suami Orang
Next →
Shahrol Shiro Sah Bergelar Suami Anna Danisha