
Oleh: Izzat Ismail. Sumber: BeN
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja nama Mia Ahmad dan Syarul heboh di media sosial. Menurut sumber, kedua selebriti ini telah dikhabarkan putus cinta dan perkara tersebut telah dapat dikesan melalui laman sosial Instagram.
Untuk makluman, nama Mia Ahmad dan Syarul Ridzwan telah dikesan mula bercinta selepas kedua-duanya menjadi hero serta heroin drama Hati Perempuan. Hubungan mereka juga amat disenangi oleh peminat selepas mereka merasakan mereka berdua amat serasi didalam drama tersebut.
Namun begitu, sebelum ini mereka berdua pernah diajukan mengenai soalan adakah mereka merupakan pasangan kekasih tetapi dinafikan oleh Mia. Walaupun sentiasa mendapat respond dan komen yang poisitif daripada peminat di luar sana ianya bukanlah realiti sebenar kini.
Laporan juga mendakwa beberapa keping gambar mereka berdua telah dipadamkan dan tidak kurang juga status romantik sebelum ini. Walaubagaimanapun, kita masih menantikan Mia dan Syarul akan memberikan penjelasan sebenar, bukan apa jika benar mereka berdua tidak mempunyai apa-apa hubungan senang untuk pihak di luar sana untuk membuat keputusan bukan?
Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm