Oleh Syazwan Aizad. Sumber mstar Online

Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 27, berkata, hubungan antara beliau dengan penjaga gol pasukan bola sepak, Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Mohd Izham Tarmizi Roslan hanya lah sekadar teman biasa dan masih belum terfikir soal cinta.

Izham Tarmizi.
"Saya bukan hendak bersikap hipokrit apabila diajukan soal peribadi tetapi dakwaan kami sedang bercinta sama sekali tidak benar.
"Kami berdua hanya berkawan biasa sahaja dan tidak lebih daripada itu," katanya kepada mStar Online.
Hubungan istimewa mereka dihidu apabila Izham, 25, membuat kejutan hari jadinya di sebuah kafe di Johor baru baru-baru ini, dimana Izham turut memberi sejambak bunga kepada Mia.

Menjelaskan mengenai sambutan hari jadi berkenaan, Mia berkata, dia menganggap perkara itu diperbesar-besarkan kerana ia dilakukan oleh seorang pemain bola sepak terkenal.
Mia turut menjelaskan, dia tidak akan berselindung sekiranya benar mereka mempunyai hubungan cinta tetapi buat masa ini dia menegaskan hubungan mereka sekadar rakan biasa.
Apa-apa pun, kalau dah jodoh tak kemana ye dak?
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm