
Oleh Feyra Nasrom Sumber IG @taukejambu
Ingat lagi tak pelanduk dua serupa arwah Pak Yus yang viral di media sosial baru-baru ini? foto beliau yang viral sememangnya mengejutkan orang ramai sekaligus membangkitkan kerinduan netizen terhadap pelawak tanah air, Arwah Pak Yus ini. Bukan itu sahaja, kini Tauke juga sedang berusaha mencari jalan untuk berhubung sehingga memuat naik foto lelaki ini ke akaun instagram untuk mendapatkan nombor telefon.

Sebahagian peminat yang meninggalkan komen mengatakan lelaki ini berasal dari Kelantan dan perempuan yang bergambar bersebelahan dengan lelaki tersebut merupakan isterinya yang bernama Siti Sharifah. Namun , hingga sekarang masih belum ada tindak balas yang membolehkan Tauke dan “ kembar” Pak Yus ini berhubung. Jika ada jalan yang menemukan dua insan ini, pasti akan mencetuskan kerinduan orang ramai terhadap arwah Pak Yus.