
Oleh: Aimi Nordin. Sumber: Malaysian Digest & Rotikaya
Jika pelakon dan selebriti tanah air yang lain sibuk memilih untuk menceburi bidang perniagaan pakaian dan barangan kecantikan berbeza pula dengan pelakon wanita kacukan Jerman ini apabila lebih memilih untuk menceburi bidang hartanah yang kini sudah mengumpul aset bernilai RM8 juta.
“Sememangnya untuk menyertai pelaburan dalam bidang hartanah mempunyai cabaran besar khususnya daripada segi mendapatkan pembiayaan dari pihak bank dan menguruskan pembayaran semula yang mana saya perlu bijak mengatur langkah bagi memastikan modal dikeluarkan mampu memberi pulangan serta tidak merugikan”
“Salah satu sebab saya memilih menceburkan diri dalam industri hartanah kerana rumah adalah satu keperluan dan kita juga ada mendengar atau membaca laporan mengenai golongan artis veteran yang tidak mempunyai kediaman sendiri”
“Atas sebab itu, saya memikirkan pada satu hari nanti sekiranya berlaku sesuatu, sekurang-kurangnya ada kediaman untuk berlindung,” katanya dalam satu temu bual.
Walaupun bidang hartanah bukanlah sesuatu yang mudah dan tidak semua orang boleh lakukan. Tetapi pencapaian Maya Karin patut di contohi dan mungkin ramai selebriti ingin mengikut jejak langkahnya.