← Back to list
Klon Ikon Ziana Zain Jadi Juara Seiras Seirama
Feb 08, 2016
Oleh Syakireen Othman . Sumber Astro Gempak
Program Seiras Seirama di Astro akhirnya sampai ke penghujungnya dan sebentar sahaja tadi, juara bagi program ini telah dinobatkan kepada klon ikon Ziana Zain iaitu Azlina Aziz. Sebagai juara program Seiras Seirama musim pertama, Azlina berjaya membawa pulang trofi sumbangan Astro dan juga wang tunai RM20,000.
Menerusi peringkat akhir program ini, Azlina membawakan dua buah lagu yang berjudul Tiada Kepastian dan Sangkar Cinta di pusingan pertama manakala di pusingan kedua, beliau berduet dengan Aweera menyanyikan lagu 'Senja Nan Merah'.
Antara pengadil yang mengadili peringkat akhir Seiras Seirama malam ini ialah Dato' AC Mizal, Datuk Khadijah Ibrahim dan juga pengarah terkenal, Mamat Khalid. Bersiaran sedari 9 malam, program ini dhoskan oleh Datuk Aznil Hj. Nawawi dan bersiaran langsung dari Studio 1, Astro Bukit Jalil.
← Previous
Farid Kamil Dan Yana Samsudin Kerap Dilihat Turun Naik Mahkamah
Next →
Shaheizy Sam Kini Bergelar Suami Kepada Syatilla Melvin