← Back to list
Keguguran, Sharifah Sakinah Anggap Tiada Rezeki
Mar 31, 2016
Oleh Feyra Nasrom Sumber BH
Setiap wanita impikan zuriat selepas mendirikan rumah tangga. Namun semuanya bergantung pada rezeki. Pelakon, Sharifah Sakinah redha dengan ketentuan Illahi setelah mendapat tahu dirinya mengalami keguguran. Tiada rezeki untuk bergelar seorang ibu, Sharifah Sakinah anggap insiden ini merupakan satu dugaan buat beliau dan suami.
"Saya mendapat tahu mengenai keguguran ini sekitar dua minggu lalu. Kandungan itu sendiri masih pada peringkat awal. Bagaimanapun, saya menerima ketentuan ini dengan reda. Suami (Aliff Adha) turut berperasaan sama,"

Ekoran berita keguguran itu, doktor juga mengesahkan tiada perkara yang perlu dibimbangkan. Sharifah Sakinah dan suami turut merasa kehilangan walaupun kandungan yang dikurniakan cuma sementara.
Diharap Sakinah dan suami bertabah, tidak mengapa, rezeki itu ada dimana-mana sahaja dan yang pasti ianya akan sentiasa menyusul.
← Previous
Anzalna Tangguh Bulan Madu Untuk Tunaikan Umrah Bersama Suami
Next →
Ini " Fitnah, Mohon Dia Meminta Maaf Kepada Saya"