← Back to list
Jihan Muse Bakal Menamatkan Zaman Bujang
Feb 26, 2016
Oleh Feyra Nasrom Sumber BH
Jika dilihat, ramai selebriti-selebriti yang sudah mengakhiri zaman bujang mereka seperti Akim dan Stacy, Nad Zainal, Anzalna Nasir, Shaheizy Sam dan kini dengar ura-ura mengatakan, pelakon dan pelawak Jihan Muse bakal berkahwin pada bulan Mac ini?
Namun, berita kesahihan itu belum diakui oleh Jihan sendiri, menurut sumber, Jihan dan kekasih hatinya Ungku Hariz bakal melangsungkan pernikahan pada bulan hadapan dan mereka dikatakan sedang melakukan persiapan perkahwinan. Jihan dikhabarkan menempah busana perkahwinan hasil rekaan Man Kajang dan juga Rizman Ruzaini dan aturcara majlis persandingan bakal diadakan di Shah Alam pada 20 dan 27 Mac ini.
Setakat ini, kedua-dua pihak masih belum tampil mengesahkan berita gembira ini. jika benar, kami dari ERA fm mengucapkan tahniah kepada Jihan Muse dan pasangan, semoga segala urusan dipermudahkan sehingga hari kebahagiaan tiba.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Filem Munafik Arahan Syamsul Yusof Bakal Pecah Panggung
Next →
Ucapan Hari Lahir Norman Hakim Untuk Datuk Rosyam Nor