← Back to list
Jejai Masih Berhubung baik Dengan Fasha Sandha
Mar 29, 2016

Oleh Feyra Nasrom Sumber IG @rizalashramrnt
Kata orang, kalau hati sudah sayang, tetap akan sayang selamanya. Tidak kira masih bersama atau tidak bukan itu persoalannya. Begitu juga dengan kisah bekas pasangan suami isteri, Jejai dan Fasha Sandha dikhabarkan sedang menjalin hubungan baik kembali selepas bercerai. Kenyataan ini sah terbukti apabila Jejai memuat naik foto di akaun instagramnya dimana tanggal 28 Mac ,mereka sekeluarga menyambut ulang tahun kelahiran Fasha yang ke 32. Apa yang menarik perhatian, ucapan Jejai terhadap Fasha dikatakan cukup bermakna dan menyentuh perasaan orang ramai.


Walaupun ringkas, jelas sebenarnya mereka saling menyayangi antara satu sama lain. Malah, masih berhubung dengan baik. Menerusi foto serta kapsyen yang menarik perhatian orang ramai itu, rata-rata peminat tidak putus mendoakan agar mereka bersatu kembali. Baik Jejai atau Fasha, netizen tidak henti meninggalkan komen yang baik dan perkongsian gambar oleh Jejai ini sesuatu berita yang baik jika mereka dalam proses ingin merujuk kembali. Sebab? Soal jodoh ini tidak boleh dipersoalkan, setiap perkara yang terjadi sudah ditentukan. Jadi, sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Jejai dan juga Fasha. Selamat Ulangtahun yang ke 32 Fasha !
← Previous
63 Gambar Cantik Bersongket Serba Kuning Di Raja, Majlis Resepsi Jihan Muse dan Ungku Hariz Tampak Meriah
Next →
Anak Lelaki Norman Hakim Telah Dibuka Pandangan Hijab Dan Boleh Melihat Dan Berbual Dengan Makhluk Halus?