
Oleh Feyra Nasrom Sumber Astro Gempak
Pelakon yang kian memuncak popularitinya, Janna Nick digossipkan sudah mula pandai“ buat hal” dengan sesetengah individu dan juga produksi. Namun sejauh mana kebenaran itu masih belum dipastikan.
Jika dulu pernah timbul isu Janna Nick menghasut seorang pengarah drama agar tidak memanggil pelakon yang tidak disukai berganding dengannya, kini timbul pula isu Janna sudah mula berlagak diva dengan seorang pengaca popular di Malaysia ini?

Menurut sumber, pengacara tersebut sanggup ke tempat penginapan Janna untuk berbincang mengenai sebuah rancangan yang memerlukan kerjasama daripada artis ini. Namun, Janna dikhabarkan buat sikap acuh tak acuh dan membiarkan pengacara itu tunggu selama 1 jam di lobi hotel.
Bukan itu sahaja, sebuah produksi ada juga memberitahu dimana Janna sudah mula meminta bayaran yang tinggi sepadan dengan popularitinya yang kini memuncak di industri seni.
Namun, sebarang gossip yang dinyatakan ini belum dapat kesahihan dari pihak Janna sendiri. Mungkin ini hanya khabar angin, apa-apa pun kita tunggu penjelasan daripada Janna sendiri mengenai isu ini.