
Oleh Feyra Nasrom Sumber mstar
Satu rezeki buat Pelakon Sharifah Shahira dan adiknya Sharifah Sakinah yang dikhabarkan hamil serentak sejurus pulang dari Mekkah baru-baru ini. Menurut Shira, ibunya Sharifah Zubaidah mengalami muntah dan alahan teruk sepanjang mengerjakan umrah Februari lalu sebenarnya nerupakan satu petanda dimana mereka adik beradik ditakdirkan hamil serentak.
“Selepas beberapa minggu pulang ke Malaysia saya hamil dan begitu juga Sakinah. Rupa-rupanya apa yang dialami oleh ibu kami ketika berada di Mekah adalah petanda dia akan mendapat dua cucu sekali gus”.
Namun, tiada rezeki buat adiknya Sharifah Sakinah kerana mengalami keguguran baru-baru ini. Buat Shira pula, dia kini sedang hamil anak kelima walaupun sudah berusia 40 tahun, namun perkara itu tidak pelik baginya kerana rezeki Allah sentiasa datang tanpa dijangka.