Oleh Feyra Nasrom Sumber BH, IG @sherryibrahim
Alhamdulillah, satu khabar berita yang baik. Pelakon Sherry Ibrahim mengambil keputusan untuk berhijrah dengan mengenakan hijab sempena hari lahirnya yang ke 33. Beliau ada memuat naik sekeping foto bersama kedua ibu bapa dengan berkapsyen :
“3 April 2016 . This is for both of you. So lucky to have you both as my parents Lahir & membesarkan Along dengan baik. Jasa papa & mama takkan Along lupekan.
Love you both so much”
Keputusan untuk berhijab ini dilakukan dalam masa yang singkat dan tiada perancangan sebetulnya. Kata Sherry, perubahan imej terbarunya dibuat khas untuk kedua ibu bapa tercinta, Tiada apa yang lebih menggembirakan jika lihat anak sendiri sudah mula berubah, tanggal hari lahirnya yang ke 33, Sherry nekad untuk berhijab dan ianya merupakan hadiah bermakna buat ibu dan ayah.
"Saya berasa sayu apabila tidak menyumbang sesuatu kepada mereka. Bayangkan, ibu hampir tidak mengenali saya ketika kami berjumpa dengan imej baharu ini. Saya dapat lihat perasaan gembira pada wajah mereka,"

Tambah Sherry lagi, beliau berharap pihak produksi dapat menerima perubahan mendadak yang dibuat. Soal kerjaya, Sherry tetap akan meneruskan seperti biasa, cuma pemilhan watak harus dibuat mengikut kesesuaian imej terbaru.
Tahniah diucapkan di atas perubahan terbaru Sherry, semoga diluaskan lagi pintu rezeki dari Allah s.w.t . Semoga dengan penampilan terbaru ini memberi permulaan yang baik dalam kehidupan yang akan datang.