Oleh Feyra Nasrom sumber ig @mangotouch
Majlis resepsi pasangan secocok Anzalna Nasir dan Hanif Zaki berlangsung dengan penuh kemeriahan dan berseri-seri di hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur baru-baru ini. Majlis ini turut dihadiri artis-artis tempatan terkenal seperti Rozita Che Wan, Fazura, Nora Danish dan ramai lagi. Dengan bertemakan royal British dan Fairy tale, kemunculan Anzalna Nasir berserta dengan gaun pengantin ala-ala Barbie ternyata memukau tetamu yang datang pada malam itu. Barbie doll, sudah menjadi anak patung kegemarannya sejak kecil lagi. Malah Anzalna sendiri pernah memuat naik satu foto yang menyatakan perasaan tidak sabar ingin kelihatan seperti anak patung Barbie ketika di majlis perkahwinan beliau. Jelmaan Anzalna bersama dengan gaun rekaan kreatif Teuku Puta Aziz ini menampakkan Anzalna kelihatan tidak ubah seperi puteri raja. Sememangnya unik dan lain daripada yang lain malah busana pengantin ini mendapat pujian pereka fesyen terkenal Malaysia, Rizalman Ibrahim.
Anzalna juga turut meluahkan rasa terima kasih di atas rekaan gaun yang menawan itu di laman instagramnya dengan berkapsyen :
Dear Abang ,
Minta maaf buat abang pengsan, bangun, pengsan, bangun. Material dress ini handpainted by dan Abang berulang-alik ke luar negara demi dress ni. Betapa besarnya pengorbanan seorang designer untuk merealisasikan baju permintaan pengantin/customer. Yang membuatkan abang lagi nervous apabila Anzalna menyarungkan Busana dari untuk akad nikah😄 Tapi Alhamdulillah abang berjaya!!!! Sejujurnya Anzalna pulak rasa nak pengsan! 😅 Congratulations abang
Memang tidak dapat dinafikan, Anzalna kelihatan sangat anggun dan jelita pada malam perkahwinannya. Cukup sempurna, tiada cacat cela. Netizen tidak putus-putus memuji kecantikan Anzalna dengan gaun princess ala-ala Barbie tu. Malah ada peminat yang jadikan gaun perkahwinan Anzalna ni sebagai wallpaper phone dorang kot! Dasyat betul penangan gaun Barbie doll Anzalna ni. Jom kita usha sikit gambar-gambar di sekitar majlis resepsi Anzalna dan Hanif Zaki.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm