← Back to list
“Foto Ini Tidak Bermaksud Apa-Apa, Sekadar Meminta Pandangan Orang” – Aeril Zafrel
Mar 28, 2016

Oleh Feyra Nasrom Sumber Utusan
Pelakon Aeril Zafrel dikatakan mula berjinak dalam bidang pengarahan sebagai proses pembelajaran untuk sesuatu yang baharu buat dirinya. Telefilem Omerta merupakan telefilem arahannya dan Aeril akui masih banyak perkara yang perlu dipelajari.
Namun, baru-baru ini kecoh di media sosial apabila Aeril memuat naik sebuah poster yang mencetuskan kontroversi dan sememangnya bertentangan dengan Islam. Gambar tersebut sekaligus mengundang kemarahan netizen dan reaksi negatif oleh peminatnya sendiri. Menerusi poster yang kelihatan dua orang lelaki sedang berpelukan di sebalik cermin itu timbul pelbagai persoalan dan persepsi daripada orang ramai. Ada yang mengatakan, Aeril bakal berlakon dalam filem tersebut. Bukan itu sahaja Aeril turut menandakan gambar tersebut bersama pelakon Nazim Othman. Jadi apa motifnya?

“Sebenarnya tidak ada perancangan pun untuk buat filem tersebut. Skrip pun tidak ada lagi. Saya cuma hendak lihat bagaimana pandangan orang sahaja.
“Lagipun, kalau dilihat secara teliti, gambar itu sebenarnya adalah pantulan imej seorang lelaki yang sedang melihat dirinya di cermin.
“Cuma permainan gambar itu yang membuatkan orang ramai mentafsirkan bahawa ia kelihatan seperti dua lelaki yang sedang berpeluk,

Jelasnya lagi, isu menandakan Nazim itu tidak perlu dijadikan persoalan kerana mereka berdua berkawan baik. Aeril juga turut menegaskan, jika beliau ingin melibatkan Nazim dalam filem arahannya, bukan filem bergenre seperti itu yang akan dihasilkannya.
← Previous
Berusia 40 Tahun, Berat 50 Kilo, Ada 3 Orang Anak. Apa Rahsia Che Ta?
Next →
63 Gambar Cantik Bersongket Serba Kuning Di Raja, Majlis Resepsi Jihan Muse dan Ungku Hariz Tampak Meriah