
Oleh Feyra Nasrom Sumber mstar
Pelakon dan juga model tanah air, Fasha Sanda dikatakan tidak tahan sehingga membuat laporan akibat sering diganggu oleh bekas suami iaitu Jejai, atau nama sebenar Rizal Ashram Ramli.
Difahamkan, Fasha kini sudah mengambil tindakan pelindungan diri dengan membuat laporan polis setelah Jejai dikatakan sentiasa memasuki kediaman pelakon tersebut tanpa kebenarannya. Selain itu, Jejai juga bertindak mengawal pergaulan Fasha sehingga bertindak memberi amaran kepada rakan-rakan Fasha.
Walau bagaimanapun, Fasha enggan memberi komen dengan lebih lanjut dan menyerahkan hal ini kepada pihak yang sepatutnya. Pasangan ini berkahwin pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha sehingga mengambil keputusan untuk bercerai pada 20 Januari 2016.