
Oleh Feyra Nasrom Sumber kosmo online
Alhamdulillah, sudah semakin ramai nampaknya artis-artis tempatan sekarang berjaya menamatkan zaman bujang mereka. Semalam, penyanyi Hafiz Suip selamat diijabkabul bersama pasangan Nureffey dengan sekali lafaz sahaja. Terbaru, pelakon dan juga model tanah air, Nazim Othman dan pasangan Bella Dally dikatakan sedang menghitung hari menunggu hari bahagia bakal tiba. Dengar cerita, perkahwinan dua pasangan ini bakal berlangsung dalam masa terdekat ni, eh ya ke?
Menerusi laman instagram Nazim sendiri, beliau memuat naik gambar bersama pereka fesyen tersohor ,Rizalman dan status yang disertakan memaklumkan kepada orang ramai bahawa beliau kini sedang sibuk berbincang mengenai busana di hari perkahwinan. Wah nampak gayanya, dalam diam mereka sudah melakukan persiapan perkahwinan la ni ya?

Walau bagaimanapun, pasangan ini masih belum memaklumkan tarikh perkahwinan sebenar kepada peminat, Besar kemungkinan hujung bulan ini ataupun lagi beberapa minggu kot? Hehe. Apa-apa pun, kita tunggu sahaja berita gembira ini dimaklumkan sendiri oleh Nazim dan juga Bella okay ! Kami dari ERA fm mengucapkan tahniah kepada bakal pengantin ini dan semoga dipermudahkan segala urusan mengikut kehendaknya.