← Back to list
Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim, Bakal Berlakon Dengan Rajnikanth
Jan 04, 2016
Oleh Izzat Ismail. Sumber AstroGempak
Pada tahun lepas, kita telah digemparkan dengan kedatangan artis popular dari India iaitu Rajanikanth yang membuat penggambaran di sekitar negara kita. Dalam kita sedar tak sedar sebenarnya dua aktor dari Malaysia iaitu Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim turut telah disunting oleh produksi dari negara sana bagi menjayakan filem terbaru Rajanikanth iaitu Kabali.
Kesahihan perkara ini turut semakin jelas apabila dua pelakon popular negara kita telah memuat naik foto di laman sosial Instagram masing-masing ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum bertolak ke Chennai, India, pada Jumaat lepas.
Bukan itu saja, turut dikhabarkan menyertai dua lagi pelakon popular dari negara kita ialah Zack Taipan yang turut dikatakan terlibat dalam filem tersebut. Menurut sumber, mereka bakal memulakan penggambaran bersama Rajnikanth bermula Sabtu sehingga 15 Januari depan sebelum pulang ke Malaysia pada 20 Januari untuk menyambung penggambaran di negara ini selama 50 hari.
Selain tiga pelakon dari Malaysia, aktor popular Hong Kong, Jet Li dikatakan turut terlibat dalam filem ke-159 Rajnikanth itu. Filem 'Kabali' dijangka mula ditayangkan pada April depan. Wahh...satu permulaan yang baik buat tahun 2016. Semoga dengan peluang yang diberikan oleh artis negara kita bakal mewarnai industri lakonan ke peringkat antarabangsa seterusnya dapat membawa nama negara kita terus popular di dunia.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
NasT dan Atitah Haris Pergi Kursus Kahwin Bersama
Next →
Leonardo Di Caprio Kembali Single