
Oleh Ina Mohd. Sumber Bernama
Siapa tidak kenal dengan Datuk Jamal Abdillah. Mempunyai aura tersendiri. Malah setiap kali membuat persembahan, tidak pernah tidak penuh. Penyanyi berusia 57 tahun ini tidak menolak jika diberi peluang untuk menjadi calon bertanding pilihan raya. Tetapi buat masa ini, tidak ada kecenderungan ke arah politik. Datuk Jamal mengakui dia suka mengikuti perkembangan politik semasa.
Datuk Jamal terlibat dengan pilihan raya negeri Sarawak yang mana beliau membuat persembahan pentas sepanjang kempen pilihan raya di beberapa lokasi di Sarawak. Apa yang menariknya beliau akan menyampaikan beberapa buah lagi dalam bahasa Iban. Ini bagi memenuhi permintaan penduduk di sana nanti.
Umum mengetahui, Osama Yamani, anak kepada Datuk Jamal dilihat seperti mengikuti jejak langkahnya. Pada asalnya beliau tidak tahu tetapi beliau menonton video yang dimuat naik oleh sekolah anaknya di laman Youtube. Beliau tidak kisah sekira anaknya itu berminat kerana seperti sekarang pun Osama Yamani sudah boleh membaca skor, bermain instrumen. Tetapi Jamal menegaskan kepada anaknya, pelajaran tetap diutamakan.