Oleh Feyra Nasrom Sumber Hanasuva
Ya, jika anda lihat tajuk yang tertera pada artikel ini, itu cuma salah satu fakta yang korang tak tahu mengenai pelakon terkenal tanah air, Rozita Che Wan atau lebih mesra dikenali sebagai Che Ta.
Korang mesti tertanya-tanya kan, apa agaknya rahsia Che Ta apabila sentiasa tampil menawan dan tidak melambangkan usianya yang sudah berusia 40 an. Mana tidaknya, lihat sahaja susuk tubuh yang ramping itu sudah pasti menjadi idaman bagi setiap wanita di luar sana. Dah anak 3 kot, tapi tetap maintain ! Jadi, ada beberapa perkara yang ramai tidak tahu mengenai artis glamer ini, bukan fokus kepada kecantikan sahaja, rahsia penampilan yang berbeza juga ada kami paparkan. Jom usha apa yang menarik!
Harga Beg Pernah Mencecah 40 Ribu
Mampu? Sekali beli harga beriban-riban, kita nak beli yang harga beratus pun fikir dua tiga kali lagi kan? Che Ta kongsi harga beg yang pernah mahal dibeli berharga RM 35 ribu. Kau ghase??
Che Ta Akan Pakai 2 Lapis Bulu Mata
Tak hairanlah kenapa bulu mata tu tebal semacam. Che Ta pakai dua lapis rupanya. Kata selebriti ini, lagi menyerlah dan lagi nampak cantik. Memang ratu bulu mata !
Che Ta Ada Bilik Khas Untuk Simpan Kasut sahaja

Bukan rak kasut ya, bilik kasut okay. Che Ta memiliki 300 pasang kasut untuk disimpan, fuh !
Ada Jurusolek Khas, Jurusolek Professional

Tidak kira kemana sahaja Che Ta pergi, dia akan menggunakan jurusolek professional yang khas untuk dirinya sahaja. Padanlah sentiasa nampak menawan kan.
Che Ta Akan Tempah 60 Pasang Baju Raya Setiap Tahun
Tiap-tiap tahun 60 pasang, agak-agak dah berapa ribu pasang baju dah Che Ta ada? Belum masuk baju kasual lagi yaa..