Oleh Syazwan Aizad. Sumber Twitter @rdzaminhat
Baru-baru ini, Hafiz Hamidun baru sahaja melancarkan buku dengan tajuk Cerita Hati Hafiz Hamidun.
Ramai yang memberi respon positif, malah tak kurang juga yang menempelak buku tersebut kerana kandungan buku tersebut yang dilihat dipenuhi dengan selfie dan diselitkan kata-kata berunsurkan motivasi yang ringkas.
Yang menarik perhatian, status yang dimuatnaik Redza Minhat di laman Twitter nya bagaikan merujuk kepada buku tersebut;
Walau bagaimanapun, ada juga pihak yang memuji langkah Hafiz kerana keberaniannya menerbitkan buku seringkas itu. Kata mereka, buku yang mengambil kapsyen ataupun kata-kata daripada seseorang yang dikenali di media sosial memang menjadi trend di masa kini.
p/s: eh, teringat pula dekat buku seorang twitfamous yang dah masuk terbitan ke-2 tu.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm