← Back to list
Beego Dan Linda Timang Anak Kedua
Dec 29, 2015
Oleh Syakireen Othman
Isteri kepada pelakon Beego iaitu Linda Hashim telah selamat melahirkan anak kedua mereka iaitu seorang bayi perempuan pada jam 7:15 pagi tadi di Pusat Perubatan, KPJ Tawakal. Beego sempat berkongsikan foto terbaru beliau sedang memeluk anak keduanya menerusi instagram pagi tadi.
Untuk makluman, sebelum ini pasangan ini telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Jelita Clarissa. Bayi kedua mereka dilahirkan secara normal seberat 2.58 kilogram.
Linda Hashim turut bekongsikan perasaannya setelah melahirkan anak kedua mereka dimana kali ini barulah pertama kali beliau merasakan sakit bersalin dengan hanya menggunakan ubat tahan sakit biasa berbanding pengalaman pertamanya dahulu yang menggunakan ubat epidural demi memudahkannya untuk bersalin. Semoga kehadiran permata baru menceriakan lagi kehidupan mereka sekeluarga.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Amy Mastura Tidak Halang Anak Berlakon
Next →
Hairul Tak Sabar Mahu Main Badminton Bersama Anak