
Oleh Feyra Nasrom Sumber BH
Bekas penyanyi anggota Elite, Fiza Halim mengeluarkan kenyataan terbaru dimana dia menafikan ura-ura yang mengatakan dirinya bakal berkahwin dengan seorang jejaka yang baru dikenali.
Menurut Fiza, berita perkahwinan itu cuma satu gossip dan hanya khabar angin yang direka oleh sesetengah pihak sahaja. Berikutan berita perkahwinan yang tersebar di laman sosial, bekas suami Adam AF juga turut mengucapkan tahniah kepada Fiza. Berikut merupakan penjelasan Fiza berkenaan isu bakal berkahwin.
“Seperti kenyataan saya sebelum ini, memang saya sedang mengenali lelaki dengan pangkal huruf J”
Kami baru kenal dan berjumpa, masakan nak kahwin tiba-tiba? Saya menulis menghitung hari di laman Instagram kerana akan terbabit dengan sebuah projek yang belum dapat didedahkan lagi. Tapi ada pula yang pandai-pandai membuat rumusan ia ada kaitan dengan saya nak berkahwin lagi”
Ditanya mengenai diri dituduh mengambil suami orang, Fiza juga menidakkan spekulasi tersebut dan menjelaskan bahawa lelaki yang dikenal itu merupakan seorang duda anak dua yang merupakan hasil perkahwinannya terdahulu.
Tambah Fiza, tiada berfikir lagi soal kahwin buat masa ini dan Fiza juga ingin lebih berhati-hati memikirkan soal kahwin memandangkan sudah beberapa kali gagal dalam perkahwinan.