
Oleh Feyra Nasrom Sumber IG @hafidzroshdi
Pelakon baharu Hafidz Roshdi selamat melangsungkan perkahwinan bersama isteri, Nurul Shuhada 4 hari lepas mengundang pelbagai persepsi negatif netizen. Ada sesetengah pihak sanggup melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada dua pasangan ini , terutama isteri kepada Hafidz Roshdi.

Komen yang ditinggalkan agak keterlaluan sehingga menyebabkan rakan artis lain turut mempertahankan Hafidz dan juga isteri. Gambar terbaru yang dimuat naik oleh Hafidz melihatkan beberapa selebriti terkenal Malaysia iaitu Emma Maembong, Kamal Adli, Saharul Ridzwan dan juga Michael Ang“mengamuk” di ruangan instagram Hafidz dengan membidas kembali komen pengguna instagram yang tidak berasas dan hinaan itu kepada pasangan pengantin tersebut.
Gara-gara perbalahan yang melibatkan Uqasha dan Hafidz baru-baru ini menyebabkan ramai peminat Uqasha tidak berpuas hati dan bertindak mengkritik wajah isteri Hafidz Roshdi di media sosial. Hinaan dan cacian yang dilemparkan menyebabkan rakan artis lain tidak berdiam diri dan bertindak menyerang komen-komen negatif netizen yang dilemparkan kepada Hafidz dan juga isteri.
Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Hafidz dan isteri. Semoga ikatan suami isteri kekal sehingga ke akhir hayat. Pedulikan sahaja kata-kata negatif orang ramai okay. Kami doakan Hafidz dan isteri cepat-cepat dikurniakan anak ya!