← Back to list
Aliff Aziz Bertunang Bulan Depan
Nov 19, 2015
Oleh Ina Mohd. Sumber Kosmo.
Seperti yang digembar-gemburkan, bulan hadapan, Aliff Aziz dan kekasihnya, Bella Astillah bakal bertunang. Majlis pertunangan akan berlangsung pada 12 Disember di Plaza Jelutong, Shah Alam. Aliff melahirkan rasa teruja kerana masa yang dinantikan sudah tiba. Dalam masa yang sama, perasaan berdebar itu ada.
Kedua belah pihak merancang mengikat tali pertunangan selama setahun. Segala persiapan telah pun dibuat. Cumanya Aliff perlu lebih bersedia untuk tahun hadapan. Bukan sahaja untuk majlis perkahwinan malah dugaan pasangan yang bertunang juga tidak terduga.
Walaupun agak menyepi tetapi ada juga pihak tertentu yang sudi menaja majlis pertunangan Aliff. Bercerita mengenai majlis perkahwinan yang bakal diadakan tahun hadapan, Aliff memberitahu kemungkinan dia akan mengadakan di tiga tempat. Pertama di Kuala Lumpur, kemudian Sabah dan akhir sekali di Singapura.
Apa-apa pun selamat bertunang buat Aliff dan kekasih. Semoga anda berdua tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan setelah bergelar tunangan orang.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Astro Tidak Mahu Sekat Nabil Ahmad
Next →
Osman Ali Mahu Hasilkan Filem Yang Dekat Dengan Penonton