← Back to list
Adira Didakwa Melakukan Aksi Terlebih Mesra Bersama Suami Di Khalayak Umum?
Mar 29, 2016

Oleh Feyra Nasrom Sumber Utusan
Menurut sumber, kejadian itu terjadi di sebuah majlis perkahwinan dimana Adira dikatakan menunjuk aksi mesra pasangan suami isteri sehingga menyakitkan pandangan orang ramai. Malah, ada yang melabel Adira semakin gedik sejak bergelar isteri. Apa yang Adira buat ni?
Aksi mesra itu bukan sahaja dikatakan berpelukan, malah pasangan ini juga berbalas ciuman di belakang pentas. Wow ! Mungkin terlalu bahagia sehingga Adira sendiri tidak sedar kelakuannya mengundang ketidakselesaan orang ramai. Tambahan, menurut Islam, si isteri harus jaga batas-batas pergaulan terutamanya di khalayak umum.
Bagi sesiapa yang melihat gelagat Adira dan suami, mungkin mereka berpendapat tidak wajar bagi pasangan ini terlalu tonjol keintiman mereka di hadapan tetamu terutama di majlis orang. Walaupun hubungan itu sudah sah, setiap suami isteri harus jaga adab dan kelakuan untuk mengelakkan fitnah orang ramai.
← Previous
Anak Lelaki Norman Hakim Telah Dibuka Pandangan Hijab Dan Boleh Melihat Dan Berbual Dengan Makhluk Halus?
Next →
“Takkanlah Saya Nak Pakai Telekung Pula”- Zul Ariffin Bidas Komen Negatif Netizen