← Back to list
Adik Neelofa Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka Di Media Sosial
Feb 25, 2016
Oleh Feyra Nasrom Sumber Ig @littlemisskhan
Isu adik Neelofa yang dikatakan memberi pandangan negatif terhadap sekolah kerajaan viral semalam setelah video yang berdurasi 10 minit yang dimuat naik oleh Ameera sendiri di laman Youtube menerima kritikan hebat daripada netizen.
Segala pandangan serta pendapat yang diutarakan oleh Ameera ternyata mengundang kemarahan ramai pihak yang menonton video tersebut. Walaupun niat sekadar ingin berkongsi pengalaman sendiri, namun disalah erti oleh pengguna media sosial sehingga menimbulkan kekecohan di ruang komen video tersebut. Netizen beranggapan luahan adik pelakon serta pengacara popular Neelofa itu, tidak perlu digembar-gemburkan di media sosial kerana perkara itu menyentuh sensitiviti orang ramai.
Beberapa jam kemudian, video tersebut di remove dari laman Youtube beliau sendiri dan Ameera tampil dengan memohon maaf di akaun instagramnya. Menurut Ameera, beliau tidak berniat untuk memperlekehkan sekolah kerajaan, kenyataan yang diberi cuma pandangan semata-mata. Mungkin, ada sesetengah percakapan tidak patut diluahkan yang akhirnya boleh mengundang kritikan daripada orang ramai.
A photo posted by Nur Ameera Khan | 15 (@littlemisskhan) on
Tidak berniat sama sekali ingin mengguris hati mana-mana pihak. Kesilapan yang berlaku membuatkan Ameera tampil dengan permohonan maaf secara terbuka di media sosial. Biasalah, setiap orang ada salah silapnya. Semoga adik Ameera belajar dari kesilapan ya. Buat anda diluar sana, berfikir dahulu sebelum bertindak, ingat, media merupakan satu platform yang sangat berkuasa, salah cakap, salah bertindak.. haaa habis laaaa korang kena kecam ! tidak kira sekolah kerajaan ataupun swasta , ianya bukan menjadi pendorong dalam sesuatu kejayaan. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Kedua-duanya ada baik dan buruk tersendiri. Yang penting, niat anda hadir ke sekolah tu biar betul, iaitu ingin kecapi kejayaan.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Fathia Latiff Pasang Niat Untuk Istiqamah Dalam Berhijab
Next →
Suami Yatt Hamzah Tidak Ambil Kisah Dakwaan Dituduh Orang Ketiga