← Back to list
Aaisyah Dhia Rana Ikut Jejak Langkah Che Ta Dan Zain
Nov 18, 2015
Oleh Izzat Ismail. Sumber RK
Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Murah sungguh rezeki anak Che Ta iaitu Aaisyah Dhia Rana apabila telah disunting oleh sebuah syarikat produksi bagi berlakon sebuah drama bagi 11 episod. Menurut Che Ta, perkara tersebut adalah benar dan teruja kerana anaknya itu bakal berlakon di awal seusia setahun.
Bukan itu saja, Che Ta turut memaklumkan anggaran bayaran yang diterima oleh anaknya itu lebih kurang belasan ribu ringgit dan ia melebihi bayaran pelakon pembantu yang sudah menerima anugerah. Wah sudah tentu drama yang bakal melibatkan anak Che Ta ini bukan calang-calang bukan?
Che Ta dalam masa yang sama turut menolak dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab kononnya menggunakan anaknya bagi tujuan peribadi. Selain menyifatkan iainya sebagai rezeki Che Ta seperti biasa tidak pernah terkesan dengan suara negatif dan akan melakukan apa yang terbaik buat keluarga.
Sudah tentu perkara ini telah membuka mata setiap penerbit filem yang mahu mendapatkan khidmat Aisyaah Dhia Rana bukan? Rasanya lepas ini pasti ada produksi yang ingin melihat ketiga tiga mereka digandingkan bersama bagi cerita keluarga pula...Siapa tahu?
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Iqram Dinzly Jarang Pulang Ke Kampung Sebab Jodoh?
Next →
Osman Ali Mahu Hasilkan Filem Yang Dekat Dengan Penonton